Sebelum meninggal dunia
Pesan pada anak-anak kita...
1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2nya kain selimut/cadar putih. blh beli d kedai uniform sekolah.
2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar
«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat.
9. Letakkn pemberat atas perut mengelakkan perut membuncit: dan
10. Ambik kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah;
11. Maklumkn AJK surau, buat lapuran polis & hospital.
12. Dimandikan..
13. Solatkn jenazah, se elok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim.
14. Kebumikan mayat.
Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.
No comments:
Post a Comment