Saya adalah seorang pesara ketua jururawat dari PPUM.Berpengalaman bertugas diPPUM selama 32 tahun.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan.Mempunyai Sijil Kebidanan dan Sijil Gerontologi (Penjagaan warga emas).Pernah bertugas di wad geriatrik dan wad Materniti.Saya suka untuk berkongsi ilmu dengan pembaca yang ingin mengetahui tentang penjagaan ibubapa yang sudah mencapai usia wargaemas.
Friday, 2 February 2018
Cara Mandi Pagi Rasulullah
CARA MANDI PAGI RASULULLAH SAW
Cara mandi pagi hari yang sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
SEMOGA BERMANFAAT
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَ عَلىآلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment