Monday 28 August 2017

TAZKIRAH PAGI

*Tiga hal yang membawa penyakit :*
1) ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
1. Banyak bicara
2) ﺍﻟﻨﻮﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
2. Banyak tidur
3) ﺍﻷﻛﻞ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
3. Banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻴﺎﺀ ﺗﻬﺪﻡ ﺍﻟﺒﺪﻥ :

*Empat hal yang merusak badan :*
1) ﺍﻟﻬﻢ
1. Duka
2) ﺍﻟﺤﺰﻥ
2. Sedih
3) ﺍﻟﺠﻮﻉ
3. Lapar
4) ﺍﻟﺴﻬﺮ
4. Tidak Tidur Malam
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺰﻳﺪ ﻓﻲ ﻣﺎﺀ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﻭﺑﻬﺠﺘﻪ :

*Empat hal yang menambah cerah wajah :*
1) ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ
1. Taqwa
2) ﺍﻟﻮﻓﺎﺀ
2. Jujur
3) ﺍﻟﻜﺮﻡ .
3. Pemurah
4) ﺍﻟﻤﺮﻭﺀﺓ
4. Jaga Kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺮﺯﻕ :

*Empat hal yang menarik rezeki :*
1) ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ
1. Qiyamul Lail
2) ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺑﺎﻷﺳﺤﺎﺭ
2. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
3) ﺗﻌﺎﻫﺪ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ
3. Biasa Bersedeqah
4) ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺁﺧﺮﻩ
4. Berdzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭثلاثة ﺗﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ

*Tiga hal yang menjauhkan rezeki :*
1) ﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺢ
1. Tidur waktu pagi
2) ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺼﻼﺓ
2. Sedikit sholat
3) ﺍﻟﻜﺴﻞ
3. Malas
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻛﻠﻤﺎ ﻫﻤﻤﺖ ﺑﻔﻌﻞ ﻣﻌﺼﻴﺔ ﺗﺬﻛﺮ ﺛﻼﺙ ﺁﻳﺎﺕ :


*tiga ayat :*
1-" ﺃﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﺄﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺮﻯ "
"Tidakkah dia mengetahui bahwa Allah sedang melihat

2-" ﻭﻟﻤﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﺟﻨﺘﺎﻥ "
"Siapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya baginya dua syurga"

3-" ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻪ ﻣﺨﺮﺟﺂ “
"Siapa yang bertaqwa kepada Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ







 
       
       
         




Thursday 24 August 2017

Doa

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Jumaat      
3 Zulhijjah 1438H
25 Ogos 2017                              

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى5 أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah, berilah kami rahmatMu, permudahkanlah urusan kami, berilah kami rezeki yg halal, jauhkanlah kami dari perasaan dengki dan iri hati, semoga apa yg kami kerjakan hari ini mendapat keredhaan Mu.

Ya Allah terimalah amal ibadah yg kami tlh lakukan disepanjang hidup kami.

Ya Allah mudah2an segala amal soleh yg kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami  dan menjadi bekal kami keakhirat nanti.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf,  Engkau mencintai kemaafan,  maafkanlah kami.

Ya Allah,  Ya Rabbi,  berilah kami sihat sejahtera,  jauhkan kami drpd malapetaka,  bencana dan penyakit.

Ya Allah  jauhkan kami drpd seksa kubur,  seksa neraka,  fitnah hidup dan mati.

Ya Allah sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yg tlh Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkan kpd kami ketakwaan dan persahabatan dgn orang2 yg baik dgn pertolongan-Mu.

Ya Allah, kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dlm kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dgn keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dgn kasih sayangMu.

Ya Allah kurniakan kpd kami sifat malu yg dengannya kami dpt mentaati segala perintah Mu  dan dpt menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dpt menjuruskankan kami ke syurgaMu.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yg kami sayangi.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yg sihat, mendapat ilmu yg bermanfaat, keimanan yg teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami org yg tidak pernah lupa utk bersyukur kpd Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.

Ya Allah bantulah kami utk mentaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dgn kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kpd kami apa yg bermanfaat bg kami.

Ya Allah dgn kitab-Mu, legakan dada kami, dgn bacaannya, ringankan beban kami.

Ya Allah dekatkan kami dgn semua org yg menjadi kerinduan kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pd seluruh sisa umur kami, spt Engkau tlh berbuat baik pd umur kami dimasa yg telah lalu.ُ

َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya Allah lindungilah aku dr angin merah, lindungi aku dr darah hitam (stroke) dan penyakit berat

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .        
                                         
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Thursday 17 August 2017

DARJAT HAMBA ALLAH

Seseorang Hamba Allah dipandang dari sudut agama terbahagi kpd 3 darjat.
(Petikan dari Kitab Bidayatul Hidayah)
1⃣ SALIM-Orang yang selamat iaitu org yg hanya menunaikan yg fardhu dan meninggalkan yg maksiat.
2⃣RABIH-Org yg beruntung iaitu org yg menunaikan yg fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dgn mengerjakan bermacam macam ketaatan yg sunat.
3⃣KHASIR-Org yg rugi iaitu org yg malas dan lemah dari mengerjakan sesuatu yg fardhu.

Jikalau tidak dapat menjadi orang yg RABIH, berushalah menjadi orang yang SALIM, dan jgnlah sekali-kali menjadi orang yg KHASIR,

Tuesday 15 August 2017

IIMU HARUS DIAMALKAn

ILMU HANYA AKAN MENDATANGKAN MANFAAT APABILA DIAMALKAN

Allah سبحانه  وتعالى tidak menggalakkan kepada Baginda Nabi ﷺ untuk meminta penambahan di dalam sesuatu melainkan di dalam penambahan ilmu sahaja.

Disebutkan Nabi ﷺ seringkali berdoa " Ya Allah tambahkan aku ilmu." Allah سبحانه  وتعالى tidak memerintahkan Baginda Nabi ﷺ untuk meminta penambahan daripada perkara yang lainnya.

Ilmu itu adalah perkara yang dapat menyampaikan seseorang kepada darjat yang tinggi kepada darjat yang dapat menghampirkan dirinya kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Sebaliknya ilmu itu bilamana tidak mendatangkan manfaat kepada orang tersebut kerana tidak diamalkan maka ianya sama sahaja di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Sebab apa? Kerana ilmu itu hakikatnya adalah untuk diamalkan yang akan menyampaikan seseorang kepada keredhaan Allah  سبحانه  وتعالى. Begitu pula ianya akan menyampaikan kejayaan di sisi Allah apabila ianya diamalkan.

Akan tetapi bilamana ilmu itu hanya setakat ilmu sahaja tapi tak diamalkan maka tak ada bezanya di antara orang yang alim dengan orang yang jahil. Imam Az-Zarnuji Rahimahullahu Ta'ala ketika ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Beliau mengatakan "Ilmu itu adalah amalan yang mana seseorang yang mengetahui ilmu. Kemudian dia beramal maka itulah yang betul-betul dinamakan ilmu.

Akan tetapi bilamana seseorang itu hanya mengetahui ilmu tapi dirinya tidak mengamalkan ilmu maka dia hanya mengetahui gambaran ilmu sahaja. Selagi mana dia tidak mengamalkan apa yang dia ketahui maka selagi itu dia tidak akan mendatangkan manfaat daripada ilmu yang dia pelajari."

Oleh sebab itu bilamana kita mendengar sesuatu ilmu itu, mempelajari sesuatu ilmu, mendapatkan sesuatu ilmu itu. Janganlah kita biasakan diri kita mempelajari ilmu sekadar menjadi orang yang hanya mendengar sahaja tetapi kita tidak berusaha untuk cuba mengamalkannya.

Imam Malik Rahimahullahu Ta'ala mengatakan "Jangan sampai kamu mempelajari ilmu sampai kamu memudaratkan amal ibadah kamu. Tidak bangun malam bertahajjud, tidak berzikir, tidak berpuasa, tidak berjemaah dan sebagainya dikeranakan kamu sibuk mencari ilmu. Begitu juga dengan ibadah. Jangan kamu beribadah tanpa kamu beribadah didasari dengan ilmu."

Oleh kerana itu kita stabilkan diri kita mempelajari ilmu, menuntut ilmu, menghadiri majlis ilmu tetapi dalam masa yang sama kita khususkan masa kita untuk kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari ilmu yang kita ketahui.

Sesungguhnya dengan beramal itu akan memberikan manfaat kepada urusan akhirat kita yang sebenarnya dan ilmu itu akan membantu kita untuk beramal yang akan menghidupkan hati kita yang akan membersihkan hati kita daripada sifat-sifat yang tidak baik.

Monday 7 August 2017

TAZKIRAH MENUSUK KALBU



Lembutnya nasihat ni...

Baca perlahan-lahan dan Baca Sampai Akhir

Anda Akan Terpukau

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

 Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
 maka maut menjawab: "Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

Ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''

Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

Pada suatu hari kau akan menemukan bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,
Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..
Keberkahan dalam rezeki kita..
Dijaga dari segala mara bahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله

Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.
..



8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

*8 JENIS REZEKI DARI ALLAH*

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Sunday 6 August 2017

SUBHANALLAH,MAHA SUCI ALLAH

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_
_"Tapi…"_
_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_
_"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri )

RENUNGAN BERSAMA

Telah meninggal dunia beberapa minggu yg lalu seorang penulis wanita dari Kuwait Nadiah al Jar rahimahallah...

Saat hampir dgn kematiannya ia menulis perkongsiannya ini di dalam buku hariannya :

"Bila kematianku tiba aku tidak bimbang dan cemas tentang jasadku yang kaku...
Kaum muslimin pastilah akan menunaikan apa apa yang sudah seharusnya mereka kerjakan... Melepaskan seluruh pakaianku... memandikanku... mengkafankanku mengeluarkanku dari rumahku... membawaku ke rumahku yang baru ( kuburku )...orang ramai akan datang menghantarku kesana...di antara mereka bahkan ada yang membatalkan aktiviti harian mereka hari itu demi pengkebumianku ini...

Seluruh milikku tidak ada satu pun yang aku bawa... kunci2ku  kitab2ku... bag2ku kasut2ku... baju2ku... dan semua yang lainnya...keluargaku kata sepakat untuk   menyedekahkannya agar bermanfaat bagiku...

Yakinlah... dunia tidak akan bersedih karena kematianku... alam semesta tetap akan berputar seperti biasanya... akan berlanjutan seterusnya... Pekerjaanku akan di gantikan oleh orang lain.. Harta bendaku akan menjadi warisan... Sedangkan di alam kubur semua menjadi perhitungan dan tanggung jawabku... yang banyak ataupun sedikit... bahkan yang kecil yang tak berharga sekalipun...tetap di hitung.

Hal pertama yang akan hilang seketika aku mati adalah nama yang dengannya aku dipanggil di dunia ini... sejurus aku mati mereka memanggilku dengan sebutan JASAD...waktu solat mereka menyebutku JENAZAH...ketika menguburku mereka menyebutku MAYYIT. Jelas sekali kala itu... bahwa nasabku... sukuku... status sosialku dan ketenaranku tidak berarti apa apa lagi. Sama sekali tidak layak di AGUNG AGUNG kan...

Alangkah kecil nya dunia ini dan alangkah bodohnya kita yang selama ini menganggapnya penting / besar...
Untuk kamu yang masih hidup...
Kesedihan kamu atasku dapat di bagi 3 golongan...

1. Orang2 yang hanya mengenalku biasa biasa saja akan mengasihaniku sesaat.

2. Rakan rakan akrab akan bersedih dan merasa kehilangan selama beberapa minggu...setelahnya mereka akan kembali pada kehidupannya semula.

3. Keluarga akan bersedih berbulan2... mungkin setahun... setelahnya aku pun akan tinggal sebagai kenangan...

Berakhirlah kisahku di antara manusia...

Bermulalah kisah hidup ku di ALAM AKHIRAT. Telah hilang dariku kecantikanku... hartaku...keluargaku... semuanya... inilah hidup yang sesungguhnya...

Apakah yang sudah engkau persiapkan sebagai bekal akhiratmu hari ini ?? Anda yang masih hidup ini perhatikan lah... amalan2 wajib mu... sunnah2 mu... sedekah rahsiamu...amal solehmu...mudah2 an diakhirat engkau selamat...




4 cara membahagiakan ibu bapa

Mari kita praktiskan untuk membahagiakan mereka .
1.Menjaga komunikasi-Mengekalkan perhubungan 2 hala.
😘Jika tinggal serumah, selalu utamakan mereka.Tanya apa yang mereka terasa hendak makan. Masakkan atau belikan.Jika sedang makan, pelawa sekali. Kadang kadang mereka terasa hendak makan apa yang kita sedang makan itu.
😘Jika tinggal berjauhan, hubungi mereka selalu dan tanya khabar.
2.Jadilah pendengar yang baik
😘Dengar cerita mereka, walaupun sudah pernah kita dengar sebelum ini.Beri maklum balas dan pandangan tentang apa yang diceritakan.
3.Luangkan masa bersama mereka.
😘Sambil menonton TV sambil mengulas jalan cerita agar mereka merasa terhibur.Selalu merasakan anda masih anak kecilnya dan berbual serta bergurau senda.
4.Ingatkan hari - hari istimewa mereka.
😘Belikan hadiah yang tidak disangka sangka oleh mereka.
Semoga ibu bapa dan kita bahagia sehingga ke Jannah.

Perlu dingat,jangan meninggikan suara semasa berkomunikasi. Walaupun mereka sudah tua atau sudah banyak lupa, mereka masih ibu yang melahirkan kita , bapa yang menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Wajib dihormati selama lamanya.Dunia ini bulat,  sekiranya kita berkasar dengan mereka, anak kita nanti akan berkasar dengan kita bila kita tua kelak.

KESELAMATAN UBAT-UBATAN

Keselamatan Ubat-ubatan
Ubat-ubatan adalah jenis 'dadah' samada yang diambil mengikut arahan doktor,yang dibeli sendiri dari kedai atau farmasi.Setiap ubat memberi kesan kepada tubuh.Mengambil dari pelbagai sumber mungkin akan mendatang kesan buruk.Sebarang pengambilan ubat-ubatan mestilah mengikut arahan doktor.
❤️Semua ubat boleh mendatangkan bahaya jika salah dosnya atau salah cara pengambilannya.
Pastikan:-
👍 Ikut arahan dengan betul
👍Patuhi amaran dilabel ubat
👍Beritahu doktor jika ada kesan-kesan sampingan ubat itu
👍Catat rekod harian untuk mengelakkan lupa mengambil ubat.
👍Simpan ubat dalam bekas asal untuk mengelakkan ia rosak.
👍Pastikan label sentiasa terlekat kepada bekas ubat.
👍Simpan ubat-ubat di tempat yang selamat.
👍Buangkan ubat-ubatan yang sudah lama atau sudahluput tarikh untuk mengelakkan keracunan.
👍Bawa semua ubat-ubatan setiap kali berjumpa doktor.


Saturday 5 August 2017

Adab-Adab dengan ibu Bapa

Adab-adab seorang anak terhadap Ibu Bapa ialah:
1⃣Hendaklah ia mendengar dan mengikut segala perkataan Ibu Bapa.
2⃣Hendaklah ia berdiri ketika Ibu Bapanya berdiri kerana menghormatinya.
3⃣Hendaklah ia menjunjung segala perintah keduanya.
4⃣Jangan ia berjalan dihadapan keduanya.
5⃣Jangan ia mengangkat suara lebih tinggi dari keduanya.
6⃣Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7⃣Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya.
8⃣Hendaklah ia bersikap tawadhu' kepada keduanya.
9⃣Janganlah ia menyebut -nyebut jasanya kepada keduanya dan jangan pula ia menyebut apa -apa petkhidmatan bagi keduanya.
🔟Janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan kehinaan.
1⃣1⃣Janganlah ia memasamkan mukanya dihadapan keduanya.
1⃣2⃣Janganlah ia bermusafir kecuali setelah mendapat izin dari keduanya.

Proses Penuaan

*USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA SDH TIDAK USAH FOKUS MEMBURU MAKANAN... PERBANYAK REKREAKSI SAJA..*
Ini pesanan *Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)*

*Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan*.

Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

*Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah,

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

*Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).

*APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?*

*1. BERGERAK*.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

*2. SENAM OLAH NAFAS*
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

*3. KURANGI KARBOHIDRAT*
Cukup Protein, Buah & Sayur.

*4. JAGA BERAT BADAN*
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

*5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.*
Cek BP Tiap Minggu.

*6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.*
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan.

*7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.*
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

*8. ISTIREHAT CUKUP*
- Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

*9. KURANGI STRESS*
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- *Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
 - Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif*

*Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda,  Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2*.

*Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia*.

*Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT)*.

*JGN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DGN ORANG2 TERDEKAT KITA*..


Mari berkongsi tentang makanan warga emas.
Bantu warga emas makan dengan cara berikut:


  1. Menyediakan makanan yg lembut (Dipotong halus, dicincang atau dilecek)jika mereka mengalami masalah mengunyah.
  2. Menghias hidangan supaya menarik dan menyelerakan.
  3. Mengajak mereka makan bersama-sama.
  4. Menggalakkan mereka berjalan- jalan sebelum makan.

Friday 4 August 2017

Asalamualaikum untuk semua pembaca
Lama saya tidak menulis di blog ini.Sebenarnya saya sibuk bergilir gilir menjaga ibu dan ibu mentua saya yang telah berusia 80an. Pelbagai ilmu selama setahun saya bersara akan saya kongsikan dalam penjagaan mereka. Tunggu ye.