السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam Jumaat
3 Zulhijjah 1438H
25 Ogos 2017
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى5 أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, berilah kami rahmatMu, permudahkanlah urusan kami, berilah kami rezeki yg halal, jauhkanlah kami dari perasaan dengki dan iri hati, semoga apa yg kami kerjakan hari ini mendapat keredhaan Mu.
Ya Allah terimalah amal ibadah yg kami tlh lakukan disepanjang hidup kami.
Ya Allah mudah2an segala amal soleh yg kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami dan menjadi bekal kami keakhirat nanti.
Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf, Engkau mencintai kemaafan, maafkanlah kami.
Ya Allah, Ya Rabbi, berilah kami sihat sejahtera, jauhkan kami drpd malapetaka, bencana dan penyakit.
Ya Allah jauhkan kami drpd seksa kubur, seksa neraka, fitnah hidup dan mati.
Ya Allah sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yg tlh Engkau tetapkan.
Ya Allah anugerahkan kpd kami ketakwaan dan persahabatan dgn orang2 yg baik dgn pertolongan-Mu.
Ya Allah, kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dlm kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dgn keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dgn kasih sayangMu.
Ya Allah kurniakan kpd kami sifat malu yg dengannya kami dpt mentaati segala perintah Mu dan dpt menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dpt menjuruskankan kami ke syurgaMu.
Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yg kami sayangi.
Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yg sihat, mendapat ilmu yg bermanfaat, keimanan yg teguh dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya Allah jadikanlah kami org yg tidak pernah lupa utk bersyukur kpd Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.
Ya Allah bantulah kami utk mentaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dgn kurnia pertolongan-Mu.
Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu, tuntunlah kpd kami apa yg bermanfaat bg kami.
Ya Allah dgn kitab-Mu, legakan dada kami, dgn bacaannya, ringankan beban kami.
Ya Allah dekatkan kami dgn semua org yg menjadi kerinduan kami.
Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pd seluruh sisa umur kami, spt Engkau tlh berbuat baik pd umur kami dimasa yg telah lalu.ُ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya Allah lindungilah aku dr angin merah, lindungi aku dr darah hitam (stroke) dan penyakit berat
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
No comments:
Post a Comment