Mari kita praktiskan untuk membahagiakan mereka .
1.Menjaga komunikasi-Mengekalkan perhubungan 2 hala.
😘Jika tinggal serumah, selalu utamakan mereka.Tanya apa yang mereka terasa hendak makan. Masakkan atau belikan.Jika sedang makan, pelawa sekali. Kadang kadang mereka terasa hendak makan apa yang kita sedang makan itu.
😘Jika tinggal berjauhan, hubungi mereka selalu dan tanya khabar.
2.Jadilah pendengar yang baik
😘Dengar cerita mereka, walaupun sudah pernah kita dengar sebelum ini.Beri maklum balas dan pandangan tentang apa yang diceritakan.
3.Luangkan masa bersama mereka.
😘Sambil menonton TV sambil mengulas jalan cerita agar mereka merasa terhibur.Selalu merasakan anda masih anak kecilnya dan berbual serta bergurau senda.
4.Ingatkan hari - hari istimewa mereka.
😘Belikan hadiah yang tidak disangka sangka oleh mereka.
Semoga ibu bapa dan kita bahagia sehingga ke Jannah.
Perlu dingat,jangan meninggikan suara semasa berkomunikasi. Walaupun mereka sudah tua atau sudah banyak lupa, mereka masih ibu yang melahirkan kita , bapa yang menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Wajib dihormati selama lamanya.Dunia ini bulat, sekiranya kita berkasar dengan mereka, anak kita nanti akan berkasar dengan kita bila kita tua kelak.
No comments:
Post a Comment