Thursday, 11 August 2016

PERUBAHAN FIZIKAL DIUSIA EMAS YANG DIALAMI OLEH SEMUA INSAN

Setiap manusia yang dilahirkan kan akan mengalami beberapa fasa kehidupan yang bermula dari fasa bayi, fasa kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke fasa tua. Proses ‘penuaan’ ini adalah berterusan dan berlaku secara semulajadi. Walaupun semua orang akan mengalami proses ini, namun setiap individu akan melaluinya dengan kadar yang berbeza-beza. Sesetengah orang akan kelihatan lebih tua berbanding dengan orang lain pada umur yang sama.Ada orang yang akan kelihatan lebih muda berbanding dengan umurnya. Ini adalah proses biologi(termasuk genetik) yang berbeza-beza antara setiap individu.Ia juga akan dipengaruhi oleh amalan gaya hidup dan persekitaran kita.



1.KULIT
Pada usia tua, perubahan yang kita nampak pada seluruh kulit seperti  garis-garis halus dan kekedutan terutama di muka, leher dan badan disebabkan oleh ketipisan dan kekeringan kulit yang juga kurang kenyal. Oleh itu, penjagaan kelembapan kulit adalah penting pada masa ini







2.MATA Penglihatan seseorang akan menjadi semakin kabur. Masalah penglihatan boleh bermula dengan rabun dekat dan juga rabun jauh yang memerlukan pemakaian cermin mata atau kanta untuk membantu supaya penglihatan lebih jelas.










3.DERIA PENDENGARAN,RASA DAN BAU Ketiga deria ini akan berkurangan semasa tua. Pendengaran khususnya akan menurun terutama pada bunyi yang nyaring.







4.SENDI,TULANG DAN OTOT

Otot boleh menjadi lemah dan sendi semakin haus jika seseorang itu kurang bersenam atau bergerak dan ini boleh menyebabkan anggota mereka kaku. Tulang juga akan menjadi tipis dan boleh menyebabkan seseorang itu mudah patah tulang. Ini dikaitkan dengan penyakit osteoporosis.



5.JANTUNG
Kekenyalan salur darah, fungsi dan keupayaan jantung mengepam juga berkurangan.

6.SISTEM PENGHADAMAN
Penghadaman makanan menjadi lambat kerana proses metabolisme menurun pada usia tua. 


7. SISTEM PUNDI KENCING
Proses penuaan boleh menyebabkan seseorang kurang upaya untuk mengawal pengeluaran kencing



No comments:

Post a Comment