Saya adalah seorang pesara ketua jururawat dari PPUM.Berpengalaman bertugas diPPUM selama 32 tahun.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan.Mempunyai Sijil Kebidanan dan Sijil Gerontologi (Penjagaan warga emas).Pernah bertugas di wad geriatrik dan wad Materniti.Saya suka untuk berkongsi ilmu dengan pembaca yang ingin mengetahui tentang penjagaan ibubapa yang sudah mencapai usia wargaemas.
Sunday, 14 August 2016
Friday, 12 August 2016
Thursday, 11 August 2016
2.Perubahan psikologi
Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
Sel otak berkurangan
Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
Sel otak berkurangan
- Pelupa
- Mudah keliru
- Nyanyuk
- Murung
Personaliti
- Lebih sensitif
- Mementingkan diri
- "Moody" (angin tak baik)
- Degil
Minda
- Kurang daya ingatan (terutama perkara baru)
- Kurang daya penumpuan
Emosi
- Kurang keyakinan diri
- Kekecewaan
- Kesunyian
- Sikap rendah diri
- Keresahan
3. Perubahan sosial
- Kehilangan status sosial
- Perubahan peranan dalam keluarga /masyarakat
- Kehilangan teman hidup atau rakan sebaya
- Kekurangan pendapatan
- Perubahan gaya hidup
- Perubahan taraf/kedudukan
- Kekurangan kuasa/pengaruh
PERUBAHAN FIZIKAL DIUSIA EMAS YANG DIALAMI OLEH SEMUA INSAN
Setiap manusia
yang dilahirkan kan akan mengalami beberapa fasa kehidupan yang bermula dari
fasa bayi, fasa kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke fasa tua. Proses
‘penuaan’ ini adalah berterusan dan berlaku secara semulajadi. Walaupun semua
orang akan mengalami proses ini, namun setiap individu akan melaluinya dengan
kadar yang berbeza-beza. Sesetengah orang akan kelihatan lebih tua berbanding
dengan orang lain pada umur yang sama.Ada orang yang akan kelihatan lebih muda
berbanding dengan umurnya. Ini adalah proses biologi(termasuk genetik) yang
berbeza-beza antara setiap individu.Ia juga akan dipengaruhi oleh amalan gaya
hidup dan persekitaran kita.
Pada usia tua,
perubahan yang kita nampak pada seluruh kulit seperti garis-garis halus dan kekedutan terutama di
muka, leher dan badan disebabkan oleh ketipisan dan kekeringan kulit yang juga
kurang kenyal. Oleh itu, penjagaan kelembapan kulit adalah penting pada masa
ini
2.MATA
Penglihatan seseorang akan menjadi semakin kabur. Masalah penglihatan boleh
bermula dengan rabun dekat dan juga rabun jauh yang memerlukan pemakaian cermin
mata atau kanta untuk membantu supaya penglihatan lebih jelas.
3.DERIA
PENDENGARAN,RASA DAN BAU Ketiga deria ini akan berkurangan semasa tua.
Pendengaran khususnya akan menurun terutama pada bunyi yang nyaring.
Otot boleh
menjadi lemah dan sendi semakin haus jika seseorang itu kurang bersenam atau
bergerak dan ini boleh menyebabkan anggota mereka kaku. Tulang juga akan
menjadi tipis dan boleh menyebabkan seseorang itu mudah patah tulang. Ini
dikaitkan dengan penyakit osteoporosis.
5.JANTUNG
Kekenyalan salur
darah, fungsi dan keupayaan jantung mengepam juga berkurangan.
6.SISTEM
PENGHADAMAN
Penghadaman
makanan menjadi lambat kerana proses metabolisme menurun pada usia tua.
7. SISTEM PUNDI KENCING
Proses penuaan
boleh menyebabkan seseorang kurang upaya untuk mengawal pengeluaran kencing
APAKAH PROSES PENUAAN?
Proses penuaan merupakan satu proses sepanjang hayat yang berlaku dari ketika seseorang insan itu dilahirkan.Ianya satu proses semulajadi di mana berlakuunya perubahan fizikal, sosial dan psikologi.Ianya tidak semestinya dikaitkan dengan penyakit,
1. Perubahan fizikal
Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
1. Perubahan fizikal
Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
- Menjadi bongkok
- Kulit menjadi nipis, mudah pecah, kering dan berkedut
- Salur darah jadi lebih tebal
- Fungsi buah pinggang berkurangan
- Kelenjar prostat (lelaki) membesar
- Fungsi paru-paru berkurangan
- Perubahan deria rasa
- Pergerakan usus lambat
- Sakit sendi (Osteoarthritis)
- Otot kurang kuat
- Mata terbenam, berkedut
- Mata berselaput (cataract)
- Penglihatan berkurangan
- Pendengaran berkurangan
- Reaksi saraf lebih perlahan
- Kebolehan berfikir/menumpu perhatian berkurangan
- Sistem pertahanan tubuh berkurangan
- Putus haid (perempuan) dan masalah kurang hormon androgen (lelaki)
Wednesday, 10 August 2016
PANDUAN UNTUK PENJAGA WARGA EMAS
Pengenalan
Warga emas yang berumur 60 tahun keatas, merupakan satu aset yang amat berguna kepada negara. Dengan pengalaman yang luas mereka boleh membantu dalam pembangunan negara.Jumlah penduduk negara ini dijangka meningkat kepada 33.7 juta pada tahun 2020 nanti dimana 3.8 juta atau 11.3 peratus adalah terdiri daripada warga emas.
Isu berkaitan dengan penjagaan selalu dikaitkan dengan golongan warga emas.Penjagaa yang diberikan adalah berbentuk formal (institusi) dan tidak formal(dalam keluarga komuniti) Meski pun begitu , semua penjagaan boleh memberikan kesan kepada penjaga dari aspek fizikal, emosi dan sosial.
Penjagaan warga emas yang baik hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti berikut:-
· Kehormatan
· Maruah dan martabat diri
· Perasaan
· Keselamatan
· Kepercayaan atau amalan keagamaan
· Pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh warga emas
· Kebebasan memilih dan membuat keputusan
· Kebolehan berdikari
· Komitmen dan penglibatan diri
· Perhatian dan kesabaran
· Peruntukan undang-undang
· Persekitaran yang sesuai dan selesa
Keikhlasan
Keikhlasan
·
Monday, 8 August 2016
Tentang Penulis
Assalamualaikum,
Saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca tentang penjagaan warga emas Anda bebas berkongsi masalah anda dalam menjaga ibubapa yang telah mencapai usia emas. Menggunakan pengalaman semasa bertugas di wad geriatrik dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menghadiri kursus posbasik gerontologi, saya yakin dapat meleraikan masalah anda dengan izin Allah. Saya ingin memanafaatkan ilmu ini kepada semua agar kita dapat memberi penjagaan yang berkualiti kepada ibu bapa kita yang telah tua sebelum menemui ilahi.
Terima kasih.
Umi Zareeya
Saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca tentang penjagaan warga emas Anda bebas berkongsi masalah anda dalam menjaga ibubapa yang telah mencapai usia emas. Menggunakan pengalaman semasa bertugas di wad geriatrik dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menghadiri kursus posbasik gerontologi, saya yakin dapat meleraikan masalah anda dengan izin Allah. Saya ingin memanafaatkan ilmu ini kepada semua agar kita dapat memberi penjagaan yang berkualiti kepada ibu bapa kita yang telah tua sebelum menemui ilahi.
Terima kasih.
Umi Zareeya
Subscribe to:
Posts (Atom)