Thursday, 11 August 2016

Lagu penghargaan untuk semua umi/ibu/mak/mama/mami,Tahniah


Bersama sama kita mengasihi ibu yang banyak berjasa sejak dari kecil


2.Perubahan psikologi

Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

Sel otak berkurangan

  • Pelupa
  • Mudah keliru
  • Nyanyuk
  • Murung
Personaliti
  • Lebih sensitif
  • Mementingkan diri
  • "Moody" (angin tak baik)
  • Degil
Minda
  • Kurang daya ingatan (terutama perkara baru)
  • Kurang daya penumpuan
Emosi
  • Kurang keyakinan diri
  • Kekecewaan
  • Kesunyian
  • Sikap rendah diri
  • Keresahan
3. Perubahan sosial
  • Kehilangan status sosial
  • Perubahan peranan dalam keluarga /masyarakat
  • Kehilangan teman hidup atau rakan sebaya
  • Kekurangan pendapatan
  • Perubahan gaya hidup
  • Perubahan taraf/kedudukan
  • Kekurangan kuasa/pengaruh

PERUBAHAN FIZIKAL DIUSIA EMAS YANG DIALAMI OLEH SEMUA INSAN

Setiap manusia yang dilahirkan kan akan mengalami beberapa fasa kehidupan yang bermula dari fasa bayi, fasa kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke fasa tua. Proses ‘penuaan’ ini adalah berterusan dan berlaku secara semulajadi. Walaupun semua orang akan mengalami proses ini, namun setiap individu akan melaluinya dengan kadar yang berbeza-beza. Sesetengah orang akan kelihatan lebih tua berbanding dengan orang lain pada umur yang sama.Ada orang yang akan kelihatan lebih muda berbanding dengan umurnya. Ini adalah proses biologi(termasuk genetik) yang berbeza-beza antara setiap individu.Ia juga akan dipengaruhi oleh amalan gaya hidup dan persekitaran kita.



1.KULIT
Pada usia tua, perubahan yang kita nampak pada seluruh kulit seperti  garis-garis halus dan kekedutan terutama di muka, leher dan badan disebabkan oleh ketipisan dan kekeringan kulit yang juga kurang kenyal. Oleh itu, penjagaan kelembapan kulit adalah penting pada masa ini







2.MATA Penglihatan seseorang akan menjadi semakin kabur. Masalah penglihatan boleh bermula dengan rabun dekat dan juga rabun jauh yang memerlukan pemakaian cermin mata atau kanta untuk membantu supaya penglihatan lebih jelas.










3.DERIA PENDENGARAN,RASA DAN BAU Ketiga deria ini akan berkurangan semasa tua. Pendengaran khususnya akan menurun terutama pada bunyi yang nyaring.







4.SENDI,TULANG DAN OTOT

Otot boleh menjadi lemah dan sendi semakin haus jika seseorang itu kurang bersenam atau bergerak dan ini boleh menyebabkan anggota mereka kaku. Tulang juga akan menjadi tipis dan boleh menyebabkan seseorang itu mudah patah tulang. Ini dikaitkan dengan penyakit osteoporosis.



5.JANTUNG
Kekenyalan salur darah, fungsi dan keupayaan jantung mengepam juga berkurangan.

6.SISTEM PENGHADAMAN
Penghadaman makanan menjadi lambat kerana proses metabolisme menurun pada usia tua. 


7. SISTEM PUNDI KENCING
Proses penuaan boleh menyebabkan seseorang kurang upaya untuk mengawal pengeluaran kencing



APAKAH PROSES PENUAAN?

Proses penuaan merupakan satu proses  sepanjang hayat yang berlaku dari ketika seseorang insan itu dilahirkan.Ianya satu proses semulajadi  di mana berlakuunya perubahan fizikal, sosial dan psikologi.Ianya tidak semestinya dikaitkan dengan penyakit,

1. Perubahan fizikal
Diantara perubahan yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:


  • Menjadi bongkok
  • Kulit menjadi nipis, mudah pecah, kering dan berkedut
  • Salur darah jadi lebih tebal
  • Fungsi buah pinggang berkurangan
  • Kelenjar prostat (lelaki) membesar
  • Fungsi paru-paru berkurangan
  • Perubahan deria rasa
  • Pergerakan usus lambat
  • Sakit sendi (Osteoarthritis)
  • Otot kurang kuat
  • Mata terbenam, berkedut
  • Mata berselaput (cataract)
  • Penglihatan berkurangan
  • Pendengaran berkurangan
  • Reaksi saraf lebih perlahan
  • Kebolehan berfikir/menumpu perhatian berkurangan
  • Sistem pertahanan tubuh berkurangan
  • Putus haid (perempuan) dan masalah kurang hormon androgen (lelaki)

Wednesday, 10 August 2016

PANDUAN UNTUK PENJAGA WARGA EMAS


Pengenalan

Warga emas yang berumur 60 tahun keatas, merupakan satu aset yang amat berguna kepada negara. Dengan pengalaman yang luas mereka boleh membantu dalam pembangunan negara.Jumlah penduduk negara ini dijangka meningkat kepada 33.7 juta pada tahun 2020 nanti dimana 3.8 juta atau 11.3 peratus adalah terdiri daripada warga emas.
Isu berkaitan dengan penjagaan selalu dikaitkan dengan golongan warga emas.Penjagaa yang diberikan adalah berbentuk formal (institusi) dan tidak formal(dalam keluarga komuniti) Meski pun begitu , semua penjagaan boleh memberikan kesan kepada penjaga dari aspek fizikal, emosi dan sosial.

Penjagaan warga emas yang baik hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti berikut:-
·         Kehormatan
·         Maruah dan martabat diri
·         Perasaan
·         Keselamatan
·         Kepercayaan atau amalan keagamaan
·         Pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh warga emas
·         Kebebasan memilih dan membuat keputusan
·         Kebolehan berdikari
·         Komitmen dan penglibatan diri
·         Perhatian dan kesabaran
·         Peruntukan undang-undang
·         Persekitaran yang sesuai dan selesa
      Keikhlasan





  








·         

Monday, 8 August 2016

Sayangi ibu bapa anda, kasih tanpa penghujung

Kasih ibu dan bapa  membawa kesyurga




Tentang Penulis

Assalamualaikum,


Saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca tentang penjagaan warga emas  Anda bebas berkongsi masalah anda dalam menjaga ibubapa yang telah mencapai usia emas. Menggunakan pengalaman semasa bertugas di wad geriatrik dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menghadiri kursus posbasik gerontologi, saya yakin dapat meleraikan masalah anda dengan izin Allah. Saya ingin memanafaatkan ilmu ini kepada semua agar kita dapat memberi penjagaan yang berkualiti kepada  ibu bapa kita  yang telah tua sebelum menemui ilahi.

Terima kasih.

Umi Zareeya