Thursday, 28 June 2018

Doa dan memohon ampun maaf


السلآم عليكم سموا.
بسم الله الرحمن الرحيم .
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءإله  وصحبه وبارك وسلم .

Syukur kepada Allah kerana kita semua masih bernafas dan dapat bersama lagi.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan beriman, dan himpunkan kami dengan iman, dan masukkan kami ke dalam syurga berserta iman.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, hapuskanlah daripada kami segala kesalahan, dan matikanlah kami bersama-sama orang yg berbakti serta beriman dan beramal soleh.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan dari segi agama kami, kesihatan pada jasad, pertambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan setelah mati.
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskan kami daripada api neraka, dan berilah kemaafan ketika dilaksanakan perhitungan.

Ya Allah, kami bermohon kepada Mu terimalah semua Amal Hasanah dan Ibadah Fardu yang kami lakukan.
Hanya  kepada Mu jua Ya Allah kami bermunajat, mengabdi diri, sujud penuh khusu' kepada Mu, semoga hari ini membawa kebaikan,  kesejahteraan dan kegembiraan agar kami mendapat Kebaikan di dunia dan Hasanah di akhirat.

Ya Allah, kami mohon dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang cukup serta mendapat rezeki yang halal, ditetapkan dan dikuatkan iman agar kami sentiasa mendapat Hidayah dan Petunjuk Mu ke jalan yang lurus lagi di Redai.

Ya Allah, Ya Ilaahi Robbii,
Kami bersyukur kepada Mu kerana tidak leka dengan hal keduniaan yg ada dan semuga kami sentiasa mengingatimu.
Ya Allah, terimalah dan perkenankanlah segala doa dan hajat kami ya Allah agar kami semua sentiasa mengingati Mu di mana jua kami berada - walau  apapun juga dugaan dan rintangan yang kami lalui di dunia ini.
Ya Rahmaan Ya Raheem, Engkau baikilah urusan kami di dunia ini tempat kami mencari kehidupan dan rezeki.
Ya Raheem, Engkau sempurnakan Amalan2 kami - tempat kami menuju kematian.
Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Pemurah, perkenankanlah segala permintaan dan hajat kami.

Ya Allah ampunkan segala dosa2 kami dan dosa2 kedua ibubapa kami baik yang masih hidup maupun yg telah kembali kepadamu Ya Allah dan juga kaum muslimin dan muslimat serta masukkan kami semua ke syurga Jannatul Naim mu Ya Allah .

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءإله وصحبه وبارك وسلم. والحمد لله رب العالمين.  .... ...
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada suami saya Syed Azman Syed Abu Bakar, umi saya Sharifah Zainap, Mak mentua saya Sharifah Silong,  adik beradik, khas sekali kepada  Kakak tersayang saya Sharifah Zaleha yang menjaga umi saya dengan sangat baik sekali, abang saya Syed Zainal , adik lelaki Syed Mahmud dan Syed Zainudin , dan Ipar duai serta anak anak  saudara kedua belah pihak.Sahabat sahabat dan kepada setiap insan yang saya pernah berinteraksi semasa kehidupan saya didunia ini sehingga kini.Sebagai manusia saya tidak terlepas dari melakukan dosa samada saya sedar atau tidak.Halalkan segala yang saya tidak ingat dan sedar setiap makanan dan apa sahaja.Buat anak tunggalku Sharifah Shakinah dan menantu ku Syed Ameerul Shakir umi telah ampun dan halalkan segala galanya.
Saya dan suami akan menunaikan Haji pada tahun ini. Bertolak pada 4 ogos 2018. Doakan kami berdua mendapat Haji yang MABRUR.

No comments:

Post a Comment