السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kedamaian kedalam hati kami dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah selamatkan dari api neraka dan masukkan kami ke Syurga Firdaus Mu Ya Allah tanpa hisab.
Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami kedalam golongan orang2 yang berima dan sentiasa dalam perlindungan Mu Ya Allah.
Ya Allah izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami.
Ya Allah, satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu Ya Allah.
Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadah kami. Selamatkan kami daripada melakukan maksiat dan kejahatan.
Ya Allah tingkatkan rahmat Mu untuk kami, padamkan dan ampunkan dosa-dosa kami sepenuhnya.
Ya Allah limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah Ya Tuhan kami, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah
.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ
No comments:
Post a Comment