Wednesday, 18 October 2017

Rahsia kehidupan

*RAHSIA KEHIDUPAN...*

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong org lain, pd saat yg sama kita sdg menolong diri kita sendiri. Apa yg kita lakukan utk org lain, sebenarnya kita sdg melakukannya utk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yg tersembunyi bagi ramai org.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sbb itu ramai orang lbh suka menerima drpd memberi. Lebih suka ditolong drpd menolong. Hidup hanya berpusat kpd dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yg sdg berjalan dgn tongkatnya di mlm hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yg kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya..,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Utk menerangi jalan yg ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

Org buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dpt melihat, org lain masih dpt melihat saya. Selain membuat jln menjadi terang, lampu ini dpt menghindarkan org lain utk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu utk org lain, sebenarnya kita sdg melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan utk tidak jemu² berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan utk hidup yg inginkan berkat, tenang dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang² yg ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya utk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.

Jom kongsikan platform yg hebat ini kpd semua org yg kita kenali.

Wallahhuaklam....

               〰🌸🍂🌸〰

No comments:

Post a Comment